Bercuti…

30May09

Salam Ukhuwwah…

Mohon maaf sebab dah lama tak update blog..sibuk dengan program-program dakwah, belajar dan bersama keluarga. mencari kekuatan untuk menempuh medan yang sebenar insyaAllah.Banyak jugak orang ‘offer’ keja.huhu.Tapi insyaAllah sama-sama doa agar dimurahkan rezeki.InsyaAllah nantikan la posting yang terbaru.Doakan moga istiqamah dengan penulisan ni.

Advertisements

Dosa…

01May09

Salam Ukhuwwah…

Setiap manusia tidak boleh terlepas dari melakukan dosa dan kesalahan samada dosa berbentuk kepada Allah ataupun kepada makhluk.Persoalannya adakah setelah kita mengetahui dosa itu lantas bertaubat ataupun meneruskan. Jumhur ulama’ membahagikan dosa kepada 2 iaitu:-

  1. Dosa-dosa kecil
  2. Dosa-dosa besar

Disini bukan untuk saya membahaskan tentang 2 jenis dosa tetapi apa yang patut kita lakukan apabila membuat dosa samada dosa besar atau dosa kecil. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:-

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan DIA mengampuni segala dosa yang selain dari syirik, bagi siapa yang dikehendakiNYA. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar”-(An-Nisa’:48)

Betapa baiknya Allah kepada hamba-hambaNYA iaitu mengampun dosa yang telah kita lakukan. Dalam hadis juga ada disebut bagaimana Allah S.W.T. membuka tanganNYA pada malam hari(qiam) bagi hambaNYA yang bertaubat sehingga maghrib hari berikutnya. Inilah pemberiaan Allah kepada hamba-hambaNYA yang telah melakukan dosa dan kesalahan..

Ramai manusia yang menangis disebabkan putus CINTA, putus TUNANG, BerCERAI dan macam-macam lagi..Tapi berapa ramai manusia yang MENANGIS kepada Allah atas dosa yang dilakukannya diwaktu manusia sedang nyenyak tidur mereka merintih kepada Allah atas dosa yang dilakukan.

“dan hendaklah kamu meminta ampun kepada TuhanMU dan bertaubat kepadaNYA”(Hud:3)

Kepada Allah lah yang patut kita tangis dan merintih agar dosa kita diampunkanNYA.Allah suka kepada hambaNYA mengadu kepadaNYA, meminta-minta.YA ALLAH AMPUNKANLAH KU, JANGANLAH ENGKAU CAMPAKAKN KU KE DALAM NERAKAMU.

Menangislah selalu nasib kita belum tahu

Adakah dalam petunjuk ataupun sebaliknya

Kita tiada masa ketawa, walaupun kita beramal belum tentu diterima

Mintalah kepada Allah agar taubat kita diterima

Marilah sama-sama kita memperbaiki diri kita agar kita terselamat dari Azab Allah yang amat pedih.Moga kita semua berada dalam lindunganNYA.


Musafir…

29Apr09

Salam Ukhuwwah..

Maaf kepada semua kerana hampir seminggu tak update blog ni, maklumlah sibuk dengan peperiksaan akhir.Alhamdulillah sudah 3 subjek yang dah lepas, tinggal satu lagi insyaAllah awal bulan ini..Hampir 4 hampir bermusafir di 2 buah negeri dengan seorang sahabat.Mungkin nak rehatkan fikiran ni dari kepenatan berfikir.huhu..Teringat lagu Rabbani

Berjalan bermusafirlah melihat keAgungan  Allah,

Meninjau menitilah rahsia ciptaan Allah

Memang penat bermusafir ni, tapi seronok.Sewaktu bermusafir alhamdulillah macam-macam pengalaman yang saya dapat antaranya mengenali sahabat-sahabat, melihat gelagat manusia ditempat lain. Sebenarnya, saya berjalan-jalan bermusafir nak mencari ilham untuk menyusun dalam meneruskan kerja-kerja dakwah.InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan insyaAllah..sirru ‘alla barakatillah


Musibah…

23Apr09

Salam Ukhuwwah…

Petang tadi saya dapat sms dari kakak mengatakan ada musibah yang menimpa abang.Dia kemalangan dekat tempat yang biasa orang kemalangan dan kereta remuk teruk.Alhamdulillah dia selamat dari sebarang kecederaan.Mungkin ini berkat doa seorang ibu kepada anaknya..Apabila berlakunya musibah kita hendaklah memandang dari sudut yang positif.

Allah menjadikan musibah kepada hambaNYA ada 2 perkara iaitu:-

  1. Untuk mengkifarahkan dosa kita yang lalu.
  2. Meninggikan darjat kita disisi Allah S.W.T.

Yang pertama ialah Allah hendak kifarahkan dosa kita yang lepas.Mungkin disebabkan kita tidak mahu bertaubat kepadaNYA, maka Allah masih sayangkan kita.Jadi, Allah datangkan musibah kepada kita.Keduanya meninggikan darjat, ini selalunya berlaku kepada para Nabi dan Rasul serta orang-orang dekat dengan Allah(auliya).

InsyaAllah marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah agar kita tergolong hambaNYA yang redha dengan musibah yang menimpa kita ini.sirru ‘alla barakatillah


Salam Ukhuwwah…

Siapakah peniaga yang untung???..Ramai manusia yang berfikir cukup dengan amalan khusus iaitu solat fardhu.Persoalannya adakah solat yang kita lakukan itu lengkap dan sempurna.Sebab itu peniaga yang untung ialah mereka yang melakukan amalan-amalan sunat seperti solat sunat rawatib, qiamullail, membaca al-quran, berzikir dan dsbnya.Semua itulah adalah untuk menampung kekurangan amalan-amalan fardhu serta mendapat syafaatNYA.Seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah:255

“Tidak sesiapa yang dapat memberi syafaat(pertolongan) disisnyaNYA melainkan dengan izinNYA.”

Bayangkan Nabi S.a.w. yang maksum itu pun memperbanyakkan amalan-amalan sunat sehingga bengkak kaki Baginda.Inikan pula kita yang banyak melakukan dosa kepada Allah S.W.T.Perlu diingat dengan melakukan amalan-amalan sunat ia dapat menghapuskan dosa-dosa kecil.Allahuakbar..Baiknya TUHAN kita.Firman Allah dalam surah Al-baqarah:152

“Oleh itu, ingatlah kamu kepada AKU(dengan mematuhi hukum dan undang-undangKU), supaya AKU membalas kamu dengan kebaikan”

Marilah sama-sama memperbaiki beramal sekadar yang mampu mudah-mudahan mendapat perlindungan dan pertolongan Allah S.W.T.

sirru ‘alla barakatillah…


Berdoa…

17Apr09

Salam Ukhuwwah…

Alhamdulillah seperti biasa setiap khamis malam jumaat saya dan sahabat-sahabat akan pergi ke majlis ilmu yang disampaikan oleh penceramah yang cukup mantap.insyaAllah.Datang dari jauh semata-mata nak menyampaikan ilmu kepada hamba Allah yang cintakan majlis-majlis ilmu.Kitab Syarah Hikam menjadi rujukan beliau setiap kali beliau menyampaikan ceramah di tempat saya.

Kali ini beliau membincangkan tentang DOA.Antara pesanan pengarang kitab iaitu Imam Ibn Atho’, jangan kita kecewa dengan doa tidak dimakbulkan oleh Allah.Kerana Allah berfirman ” Mintalah doa kepadaKU, nescaya akan KU perkenankan permintaanmu”..Kerana apa?..Allahlah yang tahu pada masa bila DIA hendak perkenankan doa kita.Bukan mengikut masa manusia tapi mengikut masa Allah. Antara sebab lain Allah menangguhkan Doa kita ialah:-

  1. Jika Allah makbulkan doa dengan cepat, mungkin manusia akan malas untuk berdoa & mengadu  kepada Allah sebab sudah dimakbulkan doa. Allah suka kepada hambaNYA yang meminta atau dalam kata lain “merenget kepada Allah” .Allah tidak akan jemu dengan permintaan hambaNYA..Lain pula dengan manusia, manusia akan jemu jika seseorang manusia kerap kali meminta sesuatu.
  2. Selain itu, Allah hendak tangguhkan pemberiaanNYA kepada hambaNYA untuk bagi dekat akhirat nanti insyaAllah.

Selain itu kata Ustaz, kadang-kadang kita berdoa hendak ‘A’ tapi Allah bagi ‘B’..Itu juga dinamakan perkenan Doa oleh Allah S.w.t.Yang paling penting kata ustaz, janganlah kita berburk sangka dengan Allah jika doa kamu tidak diperkenankan oleh NYA.Sebab setiap apa yang Allah buat itu ada hikmah disebaliknya. Terakhir kata ustaz, janganlah kamu rasa setiap yang kamu buat jika berjaya itu hasil dari  usaha kamu tapi ingatlah ia atas kehendak & pertolongan dari Allah.

“KALAU DENGAN USAHA KITA, KITA YAKIN MENDAPAT KEJAYAAN.ERTINYA KITA TELAH MENTUHANKAN USAHA ATAU MENTUHANKAN DIRI KITA.SECARA TIDAK DISEDARI, KITA TELAH MELAKUKAN PERBUATAN SYIRIK

Semoga kita semua mempertingkatkan pengharapan kita kepada Allah yang MAHA AGUNG.insyaAllah.

sirru ‘alla barakatillah


Salam ukhuwwah..

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana masih bagi kekuatan pada saya untuk menulis.betullah kata sahabat-sahabat, letih berfikir lebih teruk dari letih melakukan sesuatu kerja.rasa nak cerita tentang solat sebab sepanjang pemerhatian saya, ramai manusia yang mengaku beragama islam tetapi mereka telah meninggalkan solat. Yang peliknya, orang bukan islam telah membuat kajian tentang solat.Tahun lepas ada 3 orang penyelidik dari Universiti Malaya dan salah seorang dari mereka ialah seorang yang berbangsa cina. Kajian ini dibuat dibawah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya dan mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.Allahukakbar..marilah sama-sama kita lihat apakah ulasan mereka tentang kajian mereka ini.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas – Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. “Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok – Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya .Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.


Dr Fatimah Ibrahim – Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.
Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

InsyaAllah mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat daripada artikel itu yang telah saya ambil dari Berita Harian.Saya doakan agar Allah memberi hidayah kepada Ng Siew Chok mudah-mudahan dengan kajian yang dilakukan olehnya menjadikan beliau semakin dekat dengan Islam dan seterusnya masuk Islam, insyaAllah.Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti solat kita mudah-mudahan diterima Allah.Siiru ‘alla barakatillah